Selasa, 31 Ogos 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Sudah separuh abad negara kita telah mencapai kemerdekaan. Pelbagai pembagunan dan kemajuan dapat kita lihat sehingga kini. Namun adakah semua itu dijadikan kayu ukur kepada sesebuah negara yang merdeka? Sekiranya dilihat dari konteks kemerdekaan adalah membawa maksud kepada kebebasan dari sekatan yang membelenggu dari pelbagai aspek kehidupan.




     Kebebasan yang seperti mana yang digambarkan? Hal ini bertitik tolak kepada fahaman individu masing-masing. Bagi muslim kebebasan dalam perkiraan Islam adalah melakukan sesuatu dengan bebas selagi ke arah kebaikan, namun tidak mengarahkan kepada kebebasan untuk melakukan semua pekara yang dilarang agama. Pemikiran yang rendah boleh menyebabkan para mukmin terabai dengan tuntutan agama dan meninggalkan suruhan agama.

      Justeru itu, limpahan fahaman liberal dan sekular menyebabkan kemerdekaan yang sebenar tanpa disedari telah tergugat. Fahaman-fahaman yang menepikan agama dan mengangkat kesejagatan boleh mengikis erti kemerdekaan dari segi dalaman bangsa kita sendiri.

Isnin, 30 Ogos 2010

Mukadimah


Assalamualaikum...

Alangkah indahnya juka setiap prilaku kita dalam kehidupan ini dimulakan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim sebagai permulaan: 




Bismillah itu permulaan kalam
Sunat disebut siang dan malam

Sekalian ambia dan umat Islam

Untuk meneguh iman di dalam


Memuji Allah sudahlah tentu

Salawatkan Nabi Alaihi Salatu

Duduk mengarang dagang piatu

Gundah gulane bukan suatu


Sudah diucap salawat yang akhir

Dikarang pula suatu syair

Hambe menyurat belumlah mahir

Apetah lagi dakwatnya cair


Itupun kodrat Tuhan Yang Ese

Kalbu di dalam rase binase

Hati berniat senantiase

Siang dan malam terase-rase


Hati berasa kuat dan cekal sewaktu mencipta laman blog ini. Seolah-olah mahu memikul seberat beban, mahu mencabar tanggungjawab sebagai kehidupan. Dengan akal yang dibanjiri Ilmu. Songsang atau tidak. Hati yang menilainya. Bertiangkan iman dan akidah, nafsu dibendung, menjadi semangat dan keazaman. Sebagai Mukmin Sunni : 

Makrifat hakiki menjadi peri,
Mainan aksara jari terpateri, 
Mata melihat penuh saksi, 
Madah diselit mainan impi, 
Mendongak hati seribu erti,
Membawa iman mana pergi,
Mengharap jua diri diberkati,