Sudah separuh abad negara kita telah mencapai kemerdekaan. Pelbagai pembagunan dan kemajuan dapat kita lihat sehingga kini. Namun adakah semua itu dijadikan kayu ukur kepada sesebuah negara yang merdeka? Sekiranya dilihat dari konteks kemerdekaan adalah membawa maksud kepada kebebasan dari sekatan yang membelenggu dari pelbagai aspek kehidupan.
Kebebasan yang seperti mana yang digambarkan? Hal ini bertitik tolak kepada fahaman individu masing-masing. Bagi muslim kebebasan dalam perkiraan Islam adalah melakukan sesuatu dengan bebas selagi ke arah kebaikan, namun tidak mengarahkan kepada kebebasan untuk melakukan semua pekara yang dilarang agama. Pemikiran yang rendah boleh menyebabkan para mukmin terabai dengan tuntutan agama dan meninggalkan suruhan agama.
Justeru itu, limpahan fahaman liberal dan sekular menyebabkan kemerdekaan yang sebenar tanpa disedari telah tergugat. Fahaman-fahaman yang menepikan agama dan mengangkat kesejagatan boleh mengikis erti kemerdekaan dari segi dalaman bangsa kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan